Lelaki mengaku tidak bersalah laku amang seksual, rogol anak sedara dalam kereta

Lelaki mengaku tidak bersalah laku amang seksual, rogol anak sedara dalam kereta

ANGGOTA polis membawa tertuduh (tengah) ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/ ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual dan merogol anak saudaranya yang berusia 15 tahun di dalam sebuah kereta, bulan lalu. 

Tertuduh berusia 27 tahun membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abdullah.

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang berusia 15 tahun 11 bulan di dalam sebuah kereta, berhampiran sebuah stesen minyak di Kuala Krai dekat sini, kira-kira pukul 7.30 malam pada 13 Mac lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa merogol mangsa yang sama apabila perhubungan dengan remaja itu tidak dibenarkan mengikut undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan untuk berkahwin dengannya.

Perbuatan itu dilakukan di dalam sebuah kereta di kawasan tempat letak kereta di depan sebuah premis di Kuala Krai dekat sini kira-kira pukul 7.30 malam pada 15 Mac lalu.

Pendakwaan bagi kes itu dikemukakan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan tidak kurang daripada 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin selain menetapkan 27 Mei ini untuk sebutan semula kes. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya