KUALA LUMPUR: Dua daripada tiga kertas siasatan yang dibuka berhubung insiden kekecohan melibatkan peniaga belon dan anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) baru-baru ini dirujuk ke Jabatan Peguam Negara. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, kedua-dua kertas siasatan itu dibuka mengikut Seksyen 186 dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan atas kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan…










