Keputusan Wan Norashikin sertai Pas tidak mengejutkan - Utusan Malaysia

Keputusan Wan Norashikin sertai Pas tidak mengejutkan

SAARANI Mohamad ditemui pemberita pada Program Sejati Madani Impian Jadi Realiti Daerah Batang Padang di Bidor hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Keputusan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampong Gajah, Datuk Dr. Wan Norashikin Wan Noordin menyertai Pas bukan perkara mengejutkan.

Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, tindakan bekas Ketua Wanita UMNO itu sememangnya sudah dijangka oleh kepimpinan parti.

“Kami sudah jangka lama jadi ia tidak mengejutkan. Semalam pun adalah tarikh yang kita sudah jangka.

“Saya bukanlah seorang kasyaf tapi saya ada ‘sixth sense’ (deria keenam), saya tahu baca reaksi manusia. Saya beritahu kepada Ketua Wanita UMNO yang saya tidak terkejut.

“Bagi saya tiada apa (kesan kepada parti), kalau ada pun dia cuma mengurangkan satu undi di Kampong Gajah dan Parlimen Pasir Salak. Tidak ada apa-apalah,” katanya ketika ditemui dalam Program Sejati Madani Impian Jadi Realiti Daerah Batang Padang di Dewan Orang Ramai Kampung Kenangan dekat Bidor, di sini hari ini.

Saarani berkata, beliau ada dihubungi beberapa kali oleh Wan Norashikin sebelum ini dan kali terakhir pada hari pertama Ramadan lalu.

Katanya, ketika menghadiri program berbuka puasa dan solat tarawih di Masjid Abu Hurairah di Bidor yang juga dihadiri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, bekas Ketua Wanita UMNO itu ada menghantar pesanan menerusi WhatsApp.

“Masa itu saya buka puasa dan solat di masjid. Esoknya dia mesej saya, beritahu yang suami dia sembahyang sebelah Datuk Seri Nazri Aziz.

“Maknanya, dia pun ada di situ dan itu sajalah komunikasi terakhir kami,” katanya.

Wan Norashikin yang menjadi ADUN selama dua penggal menyerahkan borang keahlian kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam Ceramah Mega Perikatan Nasional (PN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Kampung Tanjung Keramat dekat sini, semalam.

Beliau yang hadir berjubah hitam dan berniqab ditemani suaminya iaitu Setiausaha Pas Kawasan Tapah, Muhammad Noor Farid Zainal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya