SEREMBAN: Karipap sejuk beku yang dihasilkan banduan di Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP) Mantin di sini cukup laris termasuk mendapat tempahan dari pelbagai agensi dan jabatan. Tenaga pengajar di pusat berkenaan, Sarjan Ruzita Mohd. Hashim, 42, berkata, penggunaan tepung untuk menghasilkan karipap berkenaan semasa bulan Ramadan lalu juga meningkat berbanding biasa. “Biasanya sebanyak enam kilogram (kg) tepung digunakan tetapi bulan Ramadan lalu, hampir 100 kg tepung diguna pakai. “Memang kami tidak…