Jerit ke arah Yang Dipertua, Ibrahim maafkan ADUN Sungai Udang

Jerit ke arah Yang Dipertua, Ibrahim maafkan ADUN Sungai Udang

MOHD. Aleef Yusof (kiri) dan Ibrahim Durum.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Dr. Mohd. Aleef Yusof (PN-Sungai Udang) terlepas daripada hukuman selepas Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang bersidang petang semalam menerima permohonan maafnya.

Ini susulan Mohd. Aleef menjerit ke arah Yang Dipertua DUN, Datuk Ibrahim Durum kerana tidak berpuas hati terhadap keputusan Ibrahim yang didakwa banyak berpihak kepada wakil rakyat kerajaan ketika sesi perbahasan oleh Dr. Mohd. Yadzil Yaakub (PN-Bemban).

Ibrahim berkata, beliau secara peribadi telah menerima permohonan maaf Mohd. Aleef dan tidak mahu memanjangkan isu tersebut.

“Berdasarkan keputusan semalam, saya telah membuat keputusan berkaitan Sungai Udang berhubung keterlanjuran beliau ketika sesi perbahasan. Mohd. Aleef telah memohon maaf dan saya menerima permohonan maaf tersebut.

“Ini peringatan terakhir kepada Mohd. Aleef dan semua wakil rakyat yang berada di dewan ini. Jika berlaku lagi saya akan mengambil tindakan tegas tanpa membawa perkara ini ke dalam mesyuarat,” katanya pada Sidang DUN Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin mencadangkan Mohd. Aleef dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana berkelakuan tidak wajar ketika persidangan.

Sementara itu, Mohd. Aleef berkata, beliau telah bertemu dan memohon maaf kepada Ibrahim sebelum sidang hari ini bermula.

“Pagi ini saya telah bertemu secara peribadi dengan speaker dan bersalaman serta berpelukan dengan beliau. Saya tidak akan mengulangi (kesalahan) lagi,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya