Jangan pandang ringan kesilapan Jalur Gemilang – PM

Jangan pandang ringan kesilapan Jalur Gemilang – PM

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Isu kesilapan menyiarkan imej Jalur Gemilang yang tidak lengkap, tidak boleh dipandang ringan kerana bendera adalah simbol kedaulatan dan maruah negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua pihak agar berhati-hati dan tidak mengambil mudah sebarang kesilapan melibatkan Jalur Gemilang.

“Untuk mana-mana negara pun, soal bendera itu simbol yang sangat penting. Ini bukan soal ringan, biarlah proses undang-undang (dijalankan),” katanya ketika sidang akhbar lawatan kerjanya di Bangkok.

Anwar berkata, siasatan perlu diteruskan mengikut proses undang-undang yang sewajarnya, tanpa tekanan atau tindakan berlebihan.

“Saya juga beritahu supaya jangan nampak kita nak berlebih-lebihan hanya semata-mata kerana tuntutan, dia kena ikut proses undang-undang,” katanya.

Selasa lepas Sin Chew Daily menyiarkan ilustrasi Jalur Gemilang di muka hadapannya sempena liputan lawatan negara Presiden China Xi Jinping ke Malaysia, namun gambar bendera tersebut tidak lengkap.

Insiden itu mendapat kritikan pelbagai pihak termasuk Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang bertitah pihak pengurusan dan jabatan pengarang akhbar berkenaan seharusnya lebih peka serta menyemak sesuatu bahan terlebih dahulu sebelum dicetak untuk siaran.

Berikutan itu, akhbar berkenaan tampil memohon maaf dan menjelaskan bahawa ia adalah kesilapan teknikal yang tidak disengajakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya