Jalur Gemilang tanpa bulan sabit, 42 individu diambil keterangan

Jalur Gemilang tanpa bulan sabit, 42 individu diambil keterangan

AYOB Khan ketika bercakap pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Balai Polis Country Homes, Rawang, di sini hari ini. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAWANG: Seramai 42 individu diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung isu penyiaran ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap di muka hadapan sebuah akhbar berbahasa Cina.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, mereka yang diambil keterangan termasuk ketua pengarang dan timbalan ketua pengarang akhbar itu, semalam.

Katanya, polis akan memanggil beberapa individu lagi bagi membantu siasatan. 

“Siasatan masih lagi berjalan dan setakat ini sebanyak 40 laporan polis sudah diterima.

“Seramai 42 orang saksi juga sudah diambil keterangan buat masa ini dan kemungkinan akan ada lagi individu yang akan dipanggil memberi keterangan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Balai Polis Bandar Country Homes di sini, hari ini.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan, keterangan ketua pengarang dan timbalan ketua pengarang akhbar berbahasa Cina itu akan diambil berhubung kesilapan memaparkan ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap tanpa bulan sabit.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan, proses merakam keterangan itu dilakukan di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) pada pukul 1 tengah hari, semalam.

Insiden itu mendapat kritikan pelbagai pihak termasuk Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang bertitah, pihak pengurusan dan jabatan pengarang akhbar berkenaan seharusnya lebih peka serta menyemak sesuatu bahan terlebih dahulu sebelum dicetak untuk siaran.

Berikutan itu, akhbar berkenaan tampil memohon maaf dan menjelaskan bahawa ia adalah kesilapan teknikal yang tidak disengajakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya