Iera Milpan bangkit dari kecaman - Utusan Malaysia

Iera Milpan bangkit dari kecaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Walaupun sering menerima komen negatif mengenai penampilannya, penyanyi, Iera Milpan menegaskan perubahan dirinya bukanlah kerana tunduk kepada tekanan netizen, sebaliknya demi kesihatan dan keyakinan diri.

Menurut Iera atau nama sebenarnya, Syahirah Milpan, 23, ada pihak yang membandingkan bentuk badannya seperti menyamakan dirinya dengan wanita yang sudah beranak empat.

Tidak mahu terkesan, Iera mengambil keputusan untuk menjaga pemakanan dan mengamalkan diet demi menjaga kesihatan diri.

“Berat saya dulu lebih 60 kilogram (kg), tapi selepas tak ambil nasi lebih seminggu, turun jadi 51 kg. Sampai baju muzik video pun longgar sebab dah tak muat,” katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Raya di Glam Hall Neo Damansara.

Katanya lagi, diet yang diamalkan bukan semata-mata kerana tekanan orang luar, sebaliknya demi keselesaan dan keyakinan diri sendiri.

“Diet ini bukan sebab orang lain, tapi untuk kebaikan saya sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Iera berkata dia tidak pernah membalas atau menyekat mana-mana pengguna yang meninggalkan komen menyakitkan hati.

“Saya tak pernah balas komen. Saya tak pernah block siapa-siapa pun, saya buat bodoh je saja.

“Yang baik saya ambil, yang tak membina saya tolak tepi,” katanya.

Tambahnya lagi, keluarganya sentiasa memberi sokongan dan menasihati supaya tidak mengambil setiap komen negatif secara serius.

“Mak ayah pesan, sabar saja. Jangan cepat melatah. Kalau nak terus bertahan dalam bidang ini, kena kuat,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya