Hukum minta maaf kosong-kosong (0-0)

Hukum minta maaf kosong-kosong (0-0)

korban
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Hukum minta
maaf kosong-kosong (0-0)

SOALAN
Bolehkah kita bersalaman meminta maaf sambil mengucapkan kosong-kosong (0-0)?
Abdul Karim
Pulau Pinang
JAWAPAN

Tidak ada larangan memohon keampunan dan menyebut kosong-kosong. Bagaimanapun, jangan tunggu hari raya sahaja untuk memohon maaf sebaliknya, bila-bila masa boleh mohon maaf apabila melakukan kesalahan atau menyakitkan hati seseorang.

Ingin kepastian hukum solat jamak dan qasar

SOALAN

Saya bermastautin di Selangor. Setiap dua bulan saya pergi ke Pulau Pinang selama empat malam. Bolehkah saya solat jamak dan qasar semasa berada di Pulau Pinang?
Zaid
Selangor
JAWAPAN
Ketika bermusafir ke Pulau Pinang selama empat malam tiga hari boleh dilakukan jamak, Insya-Allah masuk dalam pengharusan jamak dan qasar.

Berhari raya di rumah ibu atau mentua dahulu?

SOALAN
Siapa perlu kita dahulukan semasa menyambut hari raya, adakah ibu mentua atau ibu sendiri?
Abdul Malek
Pulau Pinang
JAWAPAN
Asasnya, kita perlu utamakan ibu kita dahulu jika seorang lelaki. Namun elok memohon izin daripada ibu terlebih dahulu jika ingin beraya dahulu di rumah mentua. – UTUSAN

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN