KUALA LUMPUR: Hubungan pelakon, Farid Kamil dan Diana Danielle kekal baik meskipun keduanya tidak lagi bergelar pasangan suami isteri.
Kata Farid, hubungan itu dikekalkan untuk kebaikan anak-anak mereka.
“Kami berkomunikasi menerusi anak-anak. Tapi Kami okey.
“Sekarang ini kami hanya mahu titik beratkan pembesaran anak-anak sahaja,” katanya.
Farid berkata demikian pada Malam Gala filem Telaga Suriram, baru-baru ini.
Kata Farid, sebagai penggiat seni profesional, dia tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan Diana.
“Kali terkahir kami bekerjasama adalah menerusi filem Baran. Itu sebelum kami berpisah.
“Saya tak ada masalah bekerja dengan dia. Kami profesional.
“Saya okey, sebab kami ini rakan artis. Tapi selepas ini, saya tak tahu macam mana (kerjasama) itu akan berlaku,” katanya.
Farid dan Diana bercerai kali kedua di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Mac lalu.
Menerusi perkongsian hidup selama 13 tahun, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora. – UTUSAN