Hetty Koes tidak dibayar, hadir ke majlis KPKM atas dasar sahabat

Hetty Koes tidak dibayar, hadir ke majlis KPKM atas dasar sahabat

MOHAMAD Sabu (kiri) bersama dengan Hetty Koes Endang (tengah) yang sedang membuat persembahan di Majlis Rahmah Mesra Aidilfitri KPKM 2025 di Dewan D, Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS). - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) tidak membuat sebarang pembayaran untuk kemunculan artis terkenal dari Indonesia, Hetty Koes Endang ke rumah terbukanya.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, khidmat Hetty Koes pada Majlis Rahmah Mesra Aidilfitri 2025 adalah percuma kerana persahabatan mereka.

Kata beliau, Hetty Koes turut bersahabat baik dengan isterinya, Datin Seri Normah Alwi.

Jelasnya lagi, kehadiran Hetty Koes ke majlis tersebut adalah secara kebetulan di mana beliau sebenarnya mahu bercuti di Langkawi.

“Kalau nak ambil dia (menyanyi, kena bayar) RM100,000. Tapi dia beri khidmat percuma di atas sahabat saya dengan dia dan isteri saya kenal dengan dia.

“Dia kebetulan nak datang bercuti ke Langkawi, maka dia sedia untuk singgah di sini dan memberi persembahan percuma. Kalau kita nak bayar, kita tak akan mampulah bayar, sebab dia taraf profesional,” katanya ketika ditemui pemberita di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, di sini, hari ini.

Kemunculan Hetty Koes mendapat perhatian dan sambutan yang meriah apabila beliau mempersembahkan tiga buah lagu yang dipopularkannya iaitu Tak Ingin Sendiri, Tradisi Hari raya dan Berdiri Bulu Romaku.

Selain Hetty Koes, artis lain yang turut diundang untuk memeriahkan majlis berkenaan adalah Datuk Jamal Abdillah.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, kebiasannya Hetty sering melakukan persembahan di Singapura kerana memperoleh bayaran yang lumayan.

“Selalunya Hetty Koes Endang ini suka perform di Singapura, kerana di Singapura ini, kita tahulah nilai mata wangnya begitu tinggi dibandingkan dengan nilai rupiah dan ringgit,” ujarnya.

Sebelum ini media melaporkan, Kementerian Kesihatan menerima kritikan hebat susulan penganjuran majlis sambutan hari raya selepas mengundang artis popular tanah air iaitu Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan Jamal Abdillah. – UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya