GV Ride sedia pengangkutan percuma kepada mangsa kebakaran Putra Heights

GV Ride sedia pengangkutan percuma kepada mangsa kebakaran Putra Heights

PUSAT Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights, Subang Jaya, Selangor menempatkan sebahagian mangsa kepakaran paip gas baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: GV Ride, penyedia perkhidmatan e-hailing tempatan menawarkan perkhidmatan pengangkutan percuma kepada mangsa kebakaran paip gas di Putra Heights.

Ketua Pegawai Eksekutif GV Ride, Kabeer Maand berkata, inisiatif itu ditawarkan bagi memberikan sokongan kepada penduduk terjejas yang kini berdepan situasi mencabar.

Beliau berkata, pihaknya menyediakan perjalanan percuma bagi membantu penduduk yang terkesan untuk ke tempat kerja, sekolah, janji temu perubatan dan keperluan penting lain.

“Inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen GV Ride terhadap sokongan komuniti dan memastikan gangguan terhadap rutin harian adalah minimum.

“GV Ride menegaskan komitmen syarikat untuk sentiasa bersama komuniti. Kami percaya pada tindakan apabila komuniti kami paling memerlukan.

“Inisiatif ini adalah cara kami untuk menyumbang semula dan memastikan mereka yang terkesan oleh tragedi ini mempunyai akses kepada pengangkutan yang selamat dan boleh dipercayai,” katanya.

Pada masa sama, Kabeer berkata, GV Ride akan bekerjasama rapat dengan pejabat EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Negeri Selangor, Ng Sze Han dan pihak berkuasa tempatan yang terlibat dalam usaha bantuan bagi menyelaras program ini.

Katanya, inisiatif ini akan berlangsung bagi satu tempoh masa sekali gus memberi peluang kepada keluarga yang terkesan membuat persediaan dan penyelesaian pengangkutan jangka panjang.

Kebakaran saluran gas Petronas pada 8.10 pagi Selasa lalu menyebabkan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah lebih 1,000 darjah Celsius yang mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

Sebanyak 219 rumah disahkan mengalami kerosakan dalam kejadian itu, manakala 220 rumah lagi diisytiharkan selamat dan tidak terjejas. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya