PETALING JAYA: Satu kejadian gempa bumi sederhana berukuran 5.7 skala Ricther dilaporkan berlaku di utara laut Maluku, pagi ini.
Gempa bumi itu dikesan berlaku pada pukul 8.51 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam satu kenyataan berkata, gempa bumi sederhana itu berlaku pada koordinat 0.4 darjah utara dan 125 darjah timur pada Jarak 105 kilometer dari arah selatan Tomohon, Indonesia.
“Gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer namun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” kata MET Malaysia dalam kenyataan, hari ini.-UTUSAN