Floor 88 hampir disaman gara-gara bekas penganjur - Utusan Malaysia

Floor 88 hampir disaman gara-gara bekas penganjur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Floor 88 kesal dengan bekas pengurus kumpulan itu yang menyeleweng duit persembahan mereka.

Menurut Eric Fuzi, mereka lebih parah apabila mereka hampir disaman beberapa penganjur kerana tidak hadir ke acara yang sudah dibayar wang deposit gara-gara terpedaya dengan bekas pengurus yang mereka dianggap kawan rapat itu.

“Sekarang ini dia masih lagi menggunakan nama kami untuk terima tawaran membuat persembahan. Itu yang kami rasa kami perlu buat kenyataan sebab kita tidak tahu dia berurusan dengan siapa.

“Kalau penganjur itu tidak tahu, dia ingat kami yang ambil duit tersebut sedangkan mereka berurusan dengan bekas pengurus kami. Ada beberapa pihak yang hampir saman kami sebab tidak hadir ke acara.

“Kami amat berterima kasih kepada penganjur  yang memaklumkan perkara ini kepada kami. Kalau tidak, kami pun tidak tahu perkara sebenar,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Rumah Terbuka Ritma Riang Raya 2025 Rusa MVM Music, pada Selasa.

Dalam pada itu, vokalis kumpulan tersebut, Ayie mengakui periuk nasi mereka turut terjejas kerana sudah kurang menerima tawaran untuk membuat persembahan di mana-mana acara.

“Secara peribadinya, mental saya terganggu sebab saya dengan dia rapat. Kami sedih bila dia berkelakuan macam ini.

“Bukan itu sahaja, kami semua ada komitmen. Tambah pula, antara kami ada yang sudah berkeluarga. Sebagai rakan, kami sangat terkilan.

“Kami juga sudah lama tidak terima tawaran membuat persembahan. Jadi macam mana kami nak bagi anak dan isteri makan,” jelasnya.

Tambah Ayie, dia berharap bekas pengurus mereka itu bertanggungjawab atas penipuan yang dilakukan dan tampil bertemu dengan pihak terlibat untuk menjernihkan keadaan.

“Saya berharap dia datang berjumpa dengan kami ataupun pihak syarikat rakaman sekali dan selesaikan masalah tersebut. Pihak Rusa Music juga pesan untuk berhenti kongsi gambar dia atas nasihat peguam.

“Kami masih mahu beri peluang. Jika dia datang dan berhubung dengan kami pun akan ada proses yang perlu dia lalui. Tetapi setakat ini dia hanya berani berhubung dengan Eric sahaja,” ujarnya.

Terdahulu, Eric memaklumkan pihak Floor 88 sudah cuba menyelesaikan masalah tersebut dengan bekas pengurus terbabit selepas kegiatannya terbongkar buat pertama kali.

Bagaimanapun, mereka kesal apabila kegiatan tersebut terus dilakukan oleh bekas pengurus terbabit demi kepentingannya sendiri. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya