Fadhlina susun gerak kerja, sedia pertahan jawatan Ketua Wanita PKR

Fadhlina susun gerak kerja, sedia pertahan jawatan Ketua Wanita PKR

FADHLINA Sidek ketika bercakap kepada pemberita semasa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat Parlimen Nibong Tebal di Dewan Serbaguna Sungai Bakap, Nibong Tebal, Pulau Pinang, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL : Ketua Cabang PKR Nibong Tebal yang baharu, Fadhlina Sidek kini mula menyusun gerak kerja dan strategi dalam mempergiatkan kempen untuk mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Wanita PKR menjelang sesi pemilihan parti, 24 Mei depan.

Menteri Pendidikan merangkap Ahli Parlimen Nibong Tebal itu berkata, persiapan tersebut sama pentingnya dengan persiapan yang dilakukan ketika beliau bertanding untuk jawatan ketua cabang berkenaan sebelum ini.

“Mudah-mudahan laluan itu (mempertahankan jawatan Ketua Wanita PKR) akan jadi lebih mudah dengan pasukan yang lebih kuat untuk wanita.

“Insya-Allah, berdasarkan keputusan-keputusan yang telah pun dimenangi oleh ketua-ketua wanita (pada sesi pemilihan) di peringkat cabang, saya lihat pasukan yang lebih kuat akan memimpin wanita selepas ini,” katanya.

Beliau ditemui pemberita ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat Parlimen Nibong Tebal di Dewan Serbaguna Sungai Bakap di sini, malam tadi.

Pada sesi pemilihan PKR untuk jawatan Ketua Wanita tiga tahun yang lalu, Fadhlina menang tipis dengan kelebihan 32 undi berbanding lawannya yang juga Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail dan kedua-dua pemimpin dijangka bertemu sekali untuk bertanding jawatan yang sama pada sesi pemilihan kali ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya