FA, FA bergabung tiada masalah tetapi...

FC, FA bergabung tiada masalah tetapi…

Mohd Joehari Mohd Ayub (kanan) menyampaikan sumbangan kepada pelajar sempena sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri FAM, MFL dan AFL di Kelana Jaya, semalam. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penggabungan persatuan bola sepak negeri (FA) dan kelab (FC) bergantung kepada persetujuan dan perancangan negeri masing-masing.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub berkata, cadangan untuk mewujudkan satu gabungan itu perlu berpandukan kepada struktur dan keperluan negeri terbabit.

Katanya, tidak semua mempunyai situasi yang sama kerana terdapat negeri yang struktur bola sepaknya didominasi pihak swasta manakala ada juga yang bergantung kepada FA.

“Dia berpandukan dengan negeri masing. Kita tahu sekarang di mana pun kebanyakan pemilik kelab FC daripada FA,” katanya pada Rumah Terbuka Aidilfitri FAM di Kelana Jaya, semalam.

Joehari menegaskan, usaha menyatukan FA dan FC perlu dilakukan secara berhati-hati dengan mengambil kira kebajikan semua pihak yang terlibat termasuk struktur sedia ada.

“Jadi kita kena tanya kepada negeri masing-masing mengenai gabungan tersebut,” katanya.

Laporan Utusan Malaysia kelmarin memetik pemerhati bola sepak tempatan, Prof Madya Dr. Zulakbal Abd Karim mencadangkan agar FA dan FC bergabung di bawah satu bumbung sebagai jalan penyelesaian mengatasi masalah kewangan pasukan.

Dalam perkembangan lain, beliau juga mengumumkan pelantikan bekas jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, Stanley Bernard dan Zul Fadli Rozi dalam pengurusan pasukan kebangsaan sebagai satu langkah strategik menjelang menentang Vietnam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN