DBKL tutup empat premis pelacuran

DBKL tutup empat premis pelacuran

ANGGOTA penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memeriksa beberapa wanita warga asing yang dipercayai terlibat dalam aktiviti persundalan semasa operasi di kawasan Petaling, Bukit Bintang, Kuala Lumpur. — IHSAN DBKL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

PETALING JAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup empat buah premis yang menawarkan perkhidmatan seks dalam satu operasi penguatkuasaan di kawasan Petaling, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

DBKL dalam kenyataannya memaklumkan, tindakan itu diambil hasil daripada pemantauan dan risikan selama beberapa hari di lokasi berkenaan sebelum serbuan dilakukan.

“Hasil risikan mendapati empat buah premis dikenal pasti menawarkan perkhidmatan seks. Premis-premis itu ditutup serta-merta mengikut peruntukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.

“Dalam operasi itu juga, kami merobohkan struktur dalaman yang diubah suai menjadi bilik khas untuk aktiviti persundalan,” katanya.

Selain itu, DBKL turut mengeluarkan empat notis tawaran kompaun mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016.

Katanya, semua barangan yang berkaitan dengan aktiviti berkenaan turut disita dan dibawa ke Setor Sitaan DBKL di Jalan Lombong, Taman Miharja, Cheras untuk tujuan rekod dan dokumentasi.

“Pihak DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenalpasti,” jelas kenyataan itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN