Damia masih belum pulang, lari kerana merajuk

Damia masih belum pulang, lari kerana merajuk

DAMIA YUSRINA Abdul Halim yang dilaporkan keluar rumah masih belum pulang ke pangkuan keluarganya di Rengit, Batu Pahat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Seorang remaja perempuan yang dilaporkan keluar rumah tanpa pengetahuan penjaganya lebih sebulan lalu masih belum pulang walaupun pelbagai usaha dilakukan mengesannya.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, Damia Yusrina Abdul Halim,16, yang tinggal di Kampung Sungai Kluang di Rengit, dekat sini dilaporkan keluar rumah pada malam 12 April lalu. 

Laporan diterima pihaknya pada 14 April lalu sebelum usaha mengesan remaja berkenaan dilancarkan berpandukan maklumat diberikan oleh pengadu.

“Hasil siasatan awal, remaja berkenaan tinggal sejak kecil bersama datuknya dan keluar meninggalkan rumah selepas dimarahi kerana masalah peribadi.

“Sebelum ini, remaja berkenaan dikatakan tinggal bersama nenek saudaranya sebelum diserahkan kepada datuknya di Rengit ketika berusia enam bulan akibat masalah keluarga,” katanya ketika dihubungi.

Orang ramai yang terlihat atau mengetahui kedudukan remaja itu diminta menghubungi balai polis berhampiran untuk tindakan selanjutnya. 

Sementara Itu, ibu saudara remaja berkenaan, pihak keluarga tidak mengetahui pakaian yang digunakan anak saudaranya yang dipercayai keluar ketika semua orang sedang tidur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN