Buruh rogol anak tiri dihukum penjara, 36 sebatan

Buruh rogol anak tiri dihukum penjara, 36 sebatan

TERTUDUH (tengah) diiring anggota polis semasa hadir untuk prosiding perbicaraan di Mahkamah Sesyen Pasir Mas, Kelantan. - UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Seorang buruh dihukum penjara 30 tahun dan 36 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan merogol anak tirinya yang di bawah umur berulang kali sehingga hamil antara Jun 2021 hingga Mac 2025.

Hukuman yang bermula dari 29 Mac lalu itu dijatuhkan terhadap tertuduh yang berusia 35 tahun selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan di hadapan Hakim Zulkpli Abdullah.

Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol anak tirinya sejak  berusia 13 tahun sehingga mangsa berusia 17 tahun. Semua perbuatan itu dilakukan di sebuah kampung di Jeli dekat sini, bermula Jun 2021, hujung Oktober 2024 hingga awal November 2024 dan Mac lalu.

Bagi ketiga-tiga pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 16, Seksyen 26 dan Seksyen 27 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun dan tidak melebihi 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Tertuduh dalam rayuannya memohon hukuman diringankan dengan alasan mempunyai tiga anak tiri selain seorang anak kandung yang masih kecil malah berhasrat untuk berkahwin dengan mangsa.

Berdasarkan fakta kes, kejadian tersebut diketahui selepas mangsa bersama ibunya ke klinik sebelum remaja itu disahkan hamil 20 minggu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya