Bront Palarae tercalon Baannang Klang Lakorn Awards ke-21 - Utusan Malaysia

Bront Palarae tercalon Baannang Klang Lakorn Awards ke-21

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Bront Palarae, 46, bersyukur kerana tercalon dalam kategori Pelakon Pembantu Terbaik di Baannang Klang Lakorn Awards 2024, Thailand.

Bront atau Nasrul Suhaimin Saifuddin, 47, tercalon menerusi lakonannya dalam filem seram Thailand, The Cursed Land sebagai Heem.

“Buat masa ini saya tiada sebarang komen melainkan Alhamdulillah.

“Selamat hari raya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Bront bersaing dengan lima pelakon lain iaitu Benjamin Varney (In Youth We Trust), Bhumipat Thavornsiri (In Youth We Trust) Wanarat Ratsameerat (Taklee Genesis), Sanya Kunakorn (How to Make Millions Before Grandma Dies), dan Pongsatorn Jongwilas (How to Make Millions Before Grandma Dies).

Selain Pelakon Pembantu Terbaik, filem The Cursed Land turut tercalon dalam tiga kategori lain iaitu Best Picture, Best Actor, dan Best Supporting Actress.

Baannang Klang Lakorn Awards merupakan anugerah berprestij yang memberikan pengiktirafan kepada naskhah televisyen dan platform penstriman Thailand yang cemerlang sepanjang tahun 2024. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya