RM65,200 sumbangan untuk komuniti Sungai Buloh - Utusan Malaysia

RM65,200 sumbangan untuk komuniti Sungai Buloh

R. Ramanan menyampaikan duit raya kepada seorang kanak-kanak dalam majlis yang berlansung di Sungai Buloh, Selangor baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak RM65,200 disalurkan kepada masjid, surau, tokong, kuil dan gereja, selain infaq sepanjang Ramadan bagi membantu penduduk di Parlimen Sungai Buloh.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan yang disalurkan daripada gaji dan elaun Menteri Sumber Manusia yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh, Datuk Seri R. Ramanan sejak 2023 mencecah RM800,000.

Ramanan berkata, sumbangan itu bertujuan memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan komuniti setempat.

Katanya, inisiatif berkenaan juga mencerminkan komitmen berterusan untuk membantu rakyat tanpa mengira latar belakang agama dan kaum, selaras dengan semangat keharmonian yang menjadi teras masyarakat Malaysia.

“Ini bukan soal jumlah, tetapi soal tanggungjawab. Apa yang dijanjikan sebelum ini perlu diterjemahkan melalui tindakan yang konsisten,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ramanan yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, sebanyak 10,000 pek agihan bubur lambuk turut diberikan di seluruh Sungai Buloh tahun ini.

Katanya, program yang memasuki tahun keempat penganjura menjadi antara inisiatif berterusan dalam berkongsi rezeki serta mendekati masyarakat.

“Agihan bubur lambuk ini mencerminkan nilai kebersamaan dan keprihatinan yang terus dipupuk saban tahun, khususnya dalam bulan yang penuh keberkatan ini,” katanya.

Dalam masa sama, sebanyak 3,350 bakul makanan telah diagihkan kepada keluarga berpendapatan rendah (B40) bagi membantu meringankan beban kos sara hidup serta persiapan perayaan dengan lebih sempurna.

Selain itu, pelbagai program ihya Ramadan turut dilaksanakan melalui Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh dengan kerjasama agensi kerajaan, melibatkan peruntukan bernilai RM80,350.

Program tersebut merangkumi penyediaan juadah berbuka puasa, bantuan kepada golongan memerlukan serta inisiatif mendekati rakyat di peringkat akar umbi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN