Bot angkut pelancong ke CIQ perlu ditambah

Bot angkut pelancong ke CIQ perlu ditambah

Hameed Mytheen Kunju Basheer melayani tetamu pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau di Kampung Seri Jeram, Masjid Tanah, Melaka. UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH : Melaka menambah bot mengangkut penumpang bagi memudahkan proses mengambil pelancong dari kapal persiaran mewah yang singgah ke negeri ini pada setiap minggu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, setakat ini dua bot yang digunakan untuk mengangkut penumpang dari kapal persiaran ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Melaka tidak mencukupi.

Menurutnya, dua bot berkenaan berkapasiti 280 penumpang setiap satu terpaksa mengambil masa tiga jam berulang-alik untuk membawa antara 3,000 hingga 4,000 penumpang ke CIQS.

Beliau berkata, pertambahan sebanyak tujuh lagi kapal persiaran mewah yang bakal singgah di Melaka tidak lama lagi berbanding Genting Dream Cruise dan Star Voyager memerlukan segera bot mengangkut penumpang ditambah.

“Justeru untuk mengelak daripada tempoh masa yang lama untuk mengangkut penumpang saya ada mencadangkan pada mesyuarat Exco baru-baru ini bagi menambah bot mengangkut penumpang.

“Setakat ini dua kapal persiaran mewah iaitu Genting Dream Cruise dan Star Voyager membawa antara 3,000 hingga 4,000 penumpang mengambil masa tiga jam untuk membawa pelancong ke CIQS.

“Justeru tempoh tersebut perlu dipendekkan agar semua penumpang dapat diangkut dalam tempoh yang singkat dan apa yang membimbangkan jika pelancong tidak berminat lagi datang ke Melaka,” ujarnya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau di Kampung Seri Jeram, Masjid Tanah, semalam.

Hameed Mytheen berkata, masalah tersebut dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh enam bulan apabila dua syarikat swasta telah menawarkan untuk menyediakan perkhidmatan bot mengangkut penumpang.

Menurutnya, proses kelulusan memerlukan tempoh masa yang panjang kerana perlu menjalani pemeriksaan rapi dari segi teknikal dan soal keselamatan yang disediakan pada bot berkenaan.

“Kita akan teliti daripada pelbagai aspek ke atas bot mengangkut penumpang yang ditawarkan sebelum sebarang kelulusan diberikan untuk syarikat tersebut mula beroperasi di CIQS nanti,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya