Bicara 1MDB tangguh , Najib hadiri pengebumian Pak Lah

Bicara 1MDB tangguh , Najib hadiri pengebumian Pak Lah

NAJIB Razal membaca doa sambil diiringi pegawai penjara ketika hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Bekas Perdana Menteri Kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi pada istiadat pengebumian bekas pemimpin tersebut di Masjid Negara, Selasa lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah diberi kebenaran oleh Jabatan Penjara untuk menziarah dan memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sehubungan itu, perbicaraan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development  Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi di sini ditangguhkan sehingga esok.

Difahamkan, Najib telah berada di Masjid Negara.

Najib memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri di bawah pentadbiran Abdullah bermula 7 Januari 2004 hingga 3 April 2009.

Najib kemudian mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 2 April 2009 daripada Abdullah. 

Abdullah meninggal dunia pada pukul 7.10 malam semalam di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN