Beri tumpuan sepenuhnya dalam kelas petua pelajar cemerlang

Beri tumpuan sepenuhnya dalam kelas petua pelajar cemerlang

MUHAMMAD Rushdan Hakimi Mohd. Radzi bersama kedua ibu dan bapanya ketika meraikan keputusan 10A+ di SMK Tinggi Segamat, Johor baru-baru ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Salah seorang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 daerah ini mengakui dirinya tidak mengikuti sebarang kelas tambahan di luar sekolah sebaliknya hanya memberikan tumpuan kepada sesi pembelajaran di dalam kelas.

Muhamad Rushdan Hakimi Mohd. Radzi, 19, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Segamat di sini memberitahu, keputusan cemerlang 10A+ yang diperolehnya juga adalah hasil panduan mempelajari dahulu setiap topik yang akan diajarkan gurunya di dalam kelas.

“Apa yang saya lakukan adalah belajar terlebih dahulu topik yang akan diajar oleh cikgu di dalam kelas lebih awal. Apabila belajar dahulu, kita mungkin akan faham mengenai topik itu sebanyak 50 peratus.

“Selepas cikgu ajar mengenai topik berkaitan di dalam kelas, kita sudah mendapat pemahaman yang lebih mendalam mengenai sesuatu topik dan selepas sesi pembelajaran dengan cikgu, kita akan faham lebih 90 peratus atau 100 peratus.

“Itu yang saya amalkan bagi setiap subjek yang saya duduki. Saya mengakui ia bukanlah jalan mudah tetapi perlu konsisten, pengorbanan dan rajin untuk berjaya mencapai kejayaan hari ini,” katanya ketika ditemui semalam.

Sementara itu, bapanya, Mohd. Radzi Yatiman, 48, berkata, dia dan isteri, Nor Radziah Abu Bakar, 47, memang berbangga dengan keputusan yang diperoleh anak tunggal mereka itu yang berhasrat menyambung pelajaran di dalam bidang perubatan. 

“Alhamdulillah, sebagai ibu bapa kami mengakui semua ini bermula dengan didikan di rumah sebelum guru-guru mendidik mereka di sekolah.

“Ibu bapa perlu tahu perkembangan anak di sekolah, pencapaian dan sebagainya. Jangan hanya menyalahkan dan memberi tekanan kepada guru,” katanya yang merupakan seorang peguam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya