Bella Astillah, Syed Saddiq pakai baju sedondon rakam content TikTok - Utusan Malaysia

Bella Astillah, Syed Saddiq pakai baju sedondon rakam content TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gelagat pelakon, Bella Astillah dan ahli Parlimen, Syed Saddiq semakin meraih tumpuan warganet.

Keakraban mereka membuatkan netizen berharap hubungan tersebut bukan sekadar content, malah mereka mahu melihat pasangan itu ke jinjang pelamin.

Terbaharu, Bella berkongsi momen ketika melakukan trend lagu Price Tag nyanyian Jessi J bersama ahli politik itu serta ditemani anak-anaknya, Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Lebih mencuri perhatian, Syed Saddiq turut mengenakan baju melayu sedondon berwarna oren dengan Bella dan anak-anaknya.

“Bersama tiga Oyen (kucing berwarna oren),” kata Bella di ruangan kapsyen di TikTok.

Bahagia melihat kemesraan itu, perkongsian tersebut juga telah menuai pelbagai reaksi dari warganet di ruangan komen.

Ada yang memuji, malah ada juga yang mengatakan wajah mereka berempat seiras.

“Muka anak dia sebiji Syed Saddiq. Ingatkan orang saja bercakap tetapi betul-betul sama,” komen netizen.

“Masalahnya kenapa muka tiga oyen tu sama?,” komen seorang lagi netizen.

“Ini sudah macam video satu keluarga. Tolonglah halalkan hubungan cepat-cepat,” kata peminatnya.

Terdahulu, gandingan Bella dan Syed Saddiq menjadi wajah busana raya sebuah jenama tempatan mencetuskan fenomena yang digelar sebagai BASS.

Bagaimanapun kedua-dua pasangan itu tidak memberikan sebarang pengesahan mengenai status hubungan mereka.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya