Bayan Puling antara 29 ekor burung dirampas di Hulu Dungun

Bayan Puling antara 29 ekor burung dirampas di Hulu Dungun

SEBAHAGIAN burung yang dilindungi dirampas Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Terengganu dalam satu serbuan di sebuah ladang sawit di Kampung Pasir Raja, Dungun, Terengganu. - PERHILITAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu merampas 29 ekor burung yang dilindungi dalam satu serbuan di sebuah kebun sawit di Kampung Pasir Raja, Hulu Dungun, di sini pada 11 April lalu.

Pengarahnya, Loo Kean Seong berkata, daripada jumlah burung yang dirampas, 15 ekor merupakan burung Serindit manakala bakinya burung Bayan Puling. 

“Kita  turut menahan sembilan  lelaki yang dipercayai memiliki burung tersebut tanpa sebarang lesen.  Kita sedang menyiasat secara terperinci berkaitan kes ini mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716),” katanya ketika dihubungi. 

Kean Seong mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil hidupan liar secara tidak sah. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya