Andalusia tawar Pakej Umrah Khas RM5,490, nikmati suasana kurang sesak

Andalusia tawar Pakej Umrah Khas RM5,490, nikmati suasana kurang sesak

MD. Daud Che Ngah berkata, penangguhan sementara waktu oleh kerajaan Arab Saudi itu bagi memudahkan pengurusan jemaah haji tahun ini. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Syarikat pengendali umrah dan haji, Andalusia Travel and Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) menawarkan Pakej Umrah Khas Penutupan Musim dengan harga RM5,490 yang mana para jemaah dapat menunaikan ibadat itu dalam suasana kurang sesak di Tanah Suci.

Ini berikutan tempoh itu adalah memasuki akhir musim sebelum bermulanya ibadah haji dengan sejumlah 566 jemaah yang mengikuti pakej berkenaan dapat menikmati pelbagai keistimewaan.

Pengerusi Eksekutif Andalusia, Datuk Md. Daud Che Ngah berkata, penawaran pakej itu dibuat selepas pihaknya membuat keputusan membuka semula pakej umrah menggunakan visa pelancong kepada jemaah.

Katanya, sebelum ini Arab Saudi telah mengeluarkan arahan jemaah yang menggunakan visa umrah perlu masuk ke negara itu sebelum 13 April dan keluar selewatnya pada 29 April ini.

“Bagaimanapun, bagi jemaah yang menggunakan visa pelancong, kerajaan Arab Saudi masih lagi memberi kelonggaran untuk mereka masuk bagi menunaikan umrah.

“Pakej umrah itu adalah kerjasama bersama AMAL by Malaysia Airlines dengan penerbangan ke Tanah Suci disediakan pada 19 dan 20 April,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penutup Kumpulan Umrah Terakhir Pakej 1446H (2024/2025M) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini.

Menerusi pakej khas itu, Andalusia dan AMAL by Malaysia Airlines berjaya menurukan harga daripada RM7,890 kepada RM5,490 untuk orang ramai menunaikan umrah selama 12 hari di Tanah Suci.

Md. Daud berkata, pihaknya juga menzahirkan harapan agar kumpulan jemaah tersebut dapat menunaikan ibadah dalam suasana tenang selain berpuas hati dengan perkhidmatan ditawarkan Andalusia.

“Arab Saudi menawarkan kemudahan itu (visa pelancong) kepada semua ejen pelancong, tetapi hanya Andalusia saja yang terima, tentulah kami harapkan layanan yang lebih baik.

“Ini kerana, ketika ini banyak jemaah sudah diarahkan keluar, namun kita dapat masuk. Tentulah keadaan di sana lebih lapang dan jemaah dapat lebih dekat dengan Kaabah,” jelasnya.

Hari ini, seramai 283 jemaah pakej khas bakal berangkat ke Tanah Suci, manakala 283 lagi jemaah telah berlepas semalam menerusi penerbangan MH156 milik Malaysia Airlines.

Untuk rekod, Andalusia berjaya menguruskan lebih 800,000 jemaah umrah dan haji dengan sempurna daripada segi pengurusan dan bimbangan sejak ditubuhkan 23 tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya