PETALING JAYA: Pemilihan Cabang PKR Setiawangsa menyaksikan Datuk Afdlin Shauki menewaskan penyandang, Nik Nazmi Nik Ahmad yang merupakan Naib Presiden PKR.
Dalam keputusan diumumkan hari ini, Afdlin memperoleh 631 undi manakala Nik Nazmi pula 573 undi.
Nik Nazmi ialah Ahli Parlimen Setiawangsa dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar.
Pemilihan PKR Cabang lain di Wilayah Persekutuan juga menyaksikan beberapa nama menang tanpa bertanding antaranya Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil (Lembah Pantai) dan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin (Bandar Tun Razak).