50 ahli, penyokong Bersatu keluar parti sertai UMNO - Utusan Malaysia

50 ahli, penyokong Bersatu keluar parti sertai UMNO

ADHAM Iskandar Ismail (tengah, tiga dari kanan) menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Khairul Azmi Ghazali di PDM Simpang Tiga, Bidor semalam. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Seramai 50 ahli dan penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti itu mengisytiharkan keluar parti dan menyertai UMNO.

Mereka menyerahkan borang keahlian baharu UMNO kepada Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tapah, Khairul Azmi Ghazali di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Simpang Tiga, Bidor di sini semalam.

Bekas Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu Cawangan Simpang Tiga, Adham Iskandar Ismail, 49, berkata, keputusan tersebut dibuat atas kerelaan sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

Katanya, mereka mengambil keputusan itu setelah melihat Bersatu semakin hilang prinsip perjuangan asal selain tidak mengambil berat kebajikan belia.

“Sebelum ini saya tersalah lorong, sepatutnya saya perlu bersama dengan kerajaan untuk menaikkan anak-anak muda di kawasan ini.

“Mereka nampak macam terlalu kosong, ke sana ke sini tiada sesiapa yang beri panduan dan apabila minta bantuan kita tak dapat nak bagi, jadi susahlah,” katanya ketika ditemui di PDM Simpang Tiga, di sini semalam.

Menurutnya, dia bersama perjuangan Bersatu sejak 2019 dan setelah mengikuti perjalanan parti dia mula percaya dan yakin hanya Barisan Nasional (BN) yang akan membantu golongan muda.

“Bukan bermaksud mereka tidak bantu belia, ada tolong tapi saya tidak nampak sinar di sana. Bersama BN, hala tuju untuk belia itu lebih terang.

“Insya-Allah untuk pilihan raya akan datang, kita akan berusaha untuk menarik lebih ramai penyertaan anak muda dalam UMNO dan BN,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya