Tidak sesuai bawa haiwan ke pusat beli-belah - Exco

Tidak sesuai bawa haiwan ke pusat beli-belah – Exco

Haiwan peliharaan
NG SUEE LIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tindakan sebuah pusat beli-belah di negeri ini yang benarkan pengunjung membawa haiwan peliharaan disifatkan sebagai tidak bersesuaian dengan konsep negara pelbagai kaum.

Exco Pelancongan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ng Suee Lim berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini masih menguatkuasakan dasar larangan membawa haiwan ke pusat beli-belah secara terbuka.

Katanya, bagaimanapun kerajaan negeri akan meneliti semula garis panduan sedia ada untuk memastikan keharmonian masyarakat di Selangor tidak terganggu.

“Berdasarkan kita punya kebudayaan yang pelbagai kaum dan sebagainya, kita perlu teliti sama ada semua langkah mereka itu boleh atau sesuai digunapakai di semua tempat, di pusat beli-belah dan sebagainya.

“Kita di Selangor sebagai satu negeri maju dan bertaraf antarabangsa. Semua langkah-langkah terkait dengan polisi antarabangsa, kita cuba akan teliti. Seperti di negara-negara tertentu (dasar mereka) mereka memang mesra (haiwan peliharaan), boleh bawa masuk ke pusat beli-belah dan sebagainya,” katanya ketika ditemui, semalam.

Jumaat lalu, akhbar ini melaporkan sebuah pusat beli-belah dibuka secara rasmi yang mesra haiwan peliharaan, terletak di Subang Jaya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN