42 Penang transformasikan inisiatif digital di Pulau Pinang

42 Penang transformasikan inisiatif digital di Pulau Pinang

CHOW Kon Yeow (tengah) ketika hadir pada majlis pelancaran 42 Penang di George Town, Pulau Pinang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Pulau Pinang ke hadapan dalam mentransformasikan inisiatif digitalnya menerusi pelancaran kampus atau sekolah pengaturcaraan baharu iaitu 42 Penang, semalam.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pelancaran institusi pendidikan itu dilihat sebagai salah langkah penting ke arah merealisasikan Visi Penang 2030 selain melahirkan lebih ramai bakat digital pada masa hadapan.

“Kita (Pulau Pinang) telah membuktikan berkali-kali bahawa kita mampu berkembang seiring dengan tuntutan global. Dengan adanya 42 Penang, kita dapat membina satu ekosistem di mana bakat, idea dan perusahaan berkembang secara seiring,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis pelancaran kampus tersebut yang turut dihadiri oleh Menteri Digital, Gobind Singh Deo serta Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri, Zairil Khir Johari.

Kampus 42 Penang yang merupakan projek usaha sama antara kerajaan negeri, Digital Penang dan 42 Malaysia menggunakan model pendidikan 42 yang terkenal di seluruh dunia iaitu berasaskan kepada pembelajaran rakan sebaya dan projek praktikal dengan yuran pengajian yang percuma.

Kampus ini akan melatih para pelajar dalam bidang pembangunan perisian, kecerdasan buatan (AI) serta keselamatan siber dengan penekanan diberi kepada projek dunia sebenar serta bimbingan daripada pemimpin industri.

Mengulas lanjut, Kon Yeow berkata, inisiatif 42 Penang itu juga menyokong agenda inovasi negeri yang lebih luas, termasuk usaha seperti Creative Digital District, Penang Silicon Design @5km+, dan Rancangan Induk Ekonomi Digital 2.0 yang akan datang.

“Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan kedudukan negeri sebagai hab ekonomi digital melalui pelaburan strategik dalam pengkomputeran awan, pembuatan pintar, dan sektor baharu lain,” kata beliau.

Tambah Kon Yeow, selain melengkapkan golongan belia dengan kemahiran digital bernilai tinggi, Kampus 42 Penang juga dilihat sebagai pemangkin kepada bidang keusahawanan khususnya dalam kalangan generasi muda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya