]4 individu didakwa bunuh lelaki di Sentul

4 individu didakwa bunuh lelaki di Sentul

KOMPLEKS MAHKAMAH KUALA LUMPUR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiga lelaki termasuk seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki tempatan, minggu lalu.

Tertuduh, Mustafa Samsuddin, 46, S R Gawthaman, 29, Mohamad Sharaf Abdullah, 22 dan P Meenatchi, 50, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kes tersebut di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh telah membunuh seorang lelaki tempatan B. Sitambaran, 31, di Taman Batu Metropolitan, Sentul sekitar 10.30 malam pada 17 April hingga 1.03 pagi pada 18 April lalu.

Pertuduhan dikemukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati, atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun dengan minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya P S Amritpreet Kaur Randhawa manakala tertuduh diwakili peguam Simret Singh, M.Mathavan dan Tharamjit Singh.

Mahkamah kemudian menetapkan 4 Ogos untuk sebutan kes bagi laporan bedah siasat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya