39.1 juta warga asing masuk Malaysia sepanjang 2024

39.1 juta warga asing masuk Malaysia sepanjang 2024

KEMASUKAN warga asing ke negara ini mencecah seramai 39.1 juta orang sepanjang tahun lalu.-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kemasukan warga asing ke negara ini mencecah seramai 39.1 juta orang sepanjang tahun lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, menerusi rekod pihaknya itu,  jumlah tersebut meningkat ketara berbanding tahun 2023 iaitu seramai 30.5 juta warga asing. 

“Dalam tempoh itu, warga asing Singapura direkodkan paling ramai memasuki negara ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Menurutnya, seramai 95,150 orang tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) disenarai hitam memasuki negara ini dan dipindahkan semula ke negara asal mereka bagi tempoh tiga tahun ini sehingga Mac lalu. 

Jelasnya, berdasarkan statistik bagi tahun 2023 seramai 38,978 orang tahanan telah dipindahkan semula ke negara asal. 

Ujarnya lagi, manakala bagi tahun 2024, seramai 45,909 orang tahanan dipindahkan dan setakat 16 Mac lalu, seramai 10,263 orang tahanan dipindahkan semula ke negara asal. 

“Kesemua individu yang dihantar pulang ini telah disenarai hitam dalam sistem JIM dan tidak dibenarkan memasuki semula Malaysia mengikut tempoh yang ditetapkan.

“Sementara itu, melalui Program Repatriasi Migran, bermula pada 1 Mac 2024 hingga 31 Disember 2024, jumlah mendaftar seramai 246,732 orang warga asing yang membabitkan sebanyak 115 negara,” katanya. 

Zakaria berkata, daripada jumlah itu, sehingga 23 Mac lalu, seramai 225,024 orang pulang ke negara asal mereka. 

“Jumlah kutipan bagi program ini adalah sebanyak RM118,105,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN