193 pekerja Menara Kuala Lumpur diserap semula 

193 pekerja Menara Kuala Lumpur diserap semula 

PELANCONG melalui Menara Kuala Lumpur ditutup sementara. UTUSAN/ AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 193 daripada 205 kakitangan Menara Kuala Lumpur yang ditamatkan perkhidmatan oleh syarikat konsesi lama pada 31 Mac lalu bakal diserap semula oleh syarikat pengurusan baharu.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pihaknya memastikan kebajikan para pekerja terbela dengan menetapkan syarat agar kesemua kakitangan berpengalaman ditawarkan semula pekerjaan oleh LSH Service Master Sdn. Bhd. (LSHSM) tanpa sebarang pengurangan daripada segi gaji atau faedah.

“Ramai dalam kalangan pekerja ini telah 17 hingga 20 tahun berkhidmat dengan Menara Kuala Lumpur. Mereka tahu selok-belok bangunan dan telah lama bekerja di situ.

“Maka syarikat baharu telah menawarkan dengan syarat no less favourable (tidak kurang). Kalau gaji mereka pada tahap tertentu dengan syarikat lama, tidak boleh kurang daripada apa yang mereka terima,” katanya dalam sidang akhbar selepas Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Komunikasi di sini semalam.

Bermula semalam, Menara Kuala Lumpur ditutup buat sementara waktu untuk memberi ruang kepada pengurusan baharu melakukan kerja-kerja penyelenggaraan serta penambahbaikan.

Fahmi berkata, penutupan sementara bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan susulan pertikaian dalam proses pengambilalihan konsesi.

Katanya, pengambilalihan rasmi pengurusan menara oleh syarikat baharu bermula 1 April lalu selepas kontrak pengendali Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. (MKLSB) tamat pada 31 Mac.

Beliau berkata, disebabkan syarikat lama enggan mengosongkan premis, Pesuruhjaya Tanah Persekutuan telah mengambil tindakan memasuki premis pada pada 12 April mengikut peruntukan Seksyen 425 Kanun Tanah Negara.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN