1,875 mualaf baharu didaftarkan di Selangor tahun lalu

1,875 mualaf baharu didaftarkan di Selangor tahun lalu

Salehuddin (depan tujuh dari kiri) bergambar bersama penerima dan tetamu. UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Usaha dakwah berterusan di Selangor membuahkan hasil apabila seramai 1,875 individu mualaf berjaya didaftarkan pengislamannya sepanjang tahun lalu melalui sistem pengurusan tersusun Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Pengerusi MAIS, Senator Datuk Salehuddin Saidin, berkata daripada jumlah itu, 1,031 mualaf didaftarkan menerusi Pusat Pengurusan Pengislaman (PPP) yang beroperasi di masjid serta Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK), manakala 844 lagi melalui Ibu Pejabat MAIS, Pejabat Ketua Pendaftar Mualaf dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).

Katanya, terdapat 41 PPP di seluruh Selangor yang diselaraskan untuk memudahkan proses pendaftaran pengislaman secara cekap dan berintegriti.

“Ini adalah hasil sinergi dakwah pelbagai agensi, khususnya peranan penting PPP dalam menyantuni dan membimbing saudara baharu,” katanya dalam Majlis Apresiasi dan Jalinan Ukhuwah PPP MAIS 2025, hari ini.

Sebanyak RM103,100 disalurkan kepada 30 PPP terpilih sebagai pengiktirafan atas sumbangan mereka dalam membantu pengurusan pendaftaran.

Beliau menegaskan, pendaftaran rasmi penting bagi menjamin kebajikan mualaf termasuk isu nasab, harta dan pengurusan jenazah.

“Kita mahu mereka disantuni dengan kasih sayang dan tidak berasa terpinggir,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya