PETALING JAYA: Sebanyak 12 buah rumah dinaiki air di Sungai Merab Luar, Kajang dekat sini ekoran hujan lebat sejak pukul 2 pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada 3.34 pagi dan seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Dengkil dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Pasukan operasi mendapati berlaku banjir kilat sedalam empat kaki yang melibatkan sebanyak 12 buah rumah.
“Seramai 15 orang mangsa berjaya dibawa keluar namun kini air mula menurun,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN