Titah Adendum: Mahkamah Persekutuan tolak bantahan awal Najib

Titah Adendum: Mahkamah Persekutuan tolak bantahan awal Najib

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan sebentar tadi menolak bantahan awal yang dikemukakan oleh Datuk Seri Najib Razak berhubung permohonan Peguam Negara untuk mendapatkan kebenaran merayu berhubung Titah Adendum.

Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Besar Malaya, Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim dan bersidang bersama-sama Datuk Zabariah Mohd. Yusof dan Datuk Hanipah Farikullah sebulat suara memutuskan demikian tanpa sebarang perintah berhubung kos.

Pada ketika ini, panel terbabit sedang mendengar hujah berhubung permohonan Peguam Negara.

Dalam kes sivil, mana-mana pihak yang tidak berpuas hati per­lu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu sebelum mereka boleh meneruskan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Pada 6 Januari lalu, Mahka­mah Rayuan memberikan kebenaran kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memulakan semakan kehakiman ber­hubung kewujudan Titah Aden­dum tersebut.

Dalam keputusan 2-1, Mah­kamah Rayuan membenarkan rayuan Najib untuk memulakan semakan kehakiman selepas mendapati tiada mana-mana res­ponden yang dinamakan da­lam permohonan itu memfailkan sebarang afidavit menafikan kewujudan perintah tambahan itu.

Pada 1 April 2024, Najib mem­failkan semakan kehakiman antara lain mendakwa se­lain pe­rintah pengurangan hukuman penjara dan pengurangan jumlah denda, terdapat perintah tam­bahan yang membenarkan beliau untuk menjalani hukuman yang dikurangkan kepada ‘tahanan di rumah’ dan bukannya di Penjara Kajang.

Menurut afidavit difailkan, be­kas Perdana Menteri itu men­dakwa menerima ‘maklumat yang sahih’ berhubung Titah Aden­dum pada 12 Februari lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN