PETALING JAYA: Polis menahan seorang individu tempatan yang dipercayai mengugut untuk membunuh pendakwah bebas, Firdaus Wong, berhubung isu pembinaan kuil.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar mengesahkan tangkapan tersebut bagi membantu siasatan lanjut.
“Saya sahkan ada tangkapan berkaitan kes berkenaan dan satu kenyataan media akan dikeluarkan,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Terdahulu, Firdaus Wong membuat laporan polis selepas mendakwa menerima ugutan bunuh menerusi Facebook susulan kenyataannya mengenai isu pembinaan kuil.-UTUSAN