PETALING JAYA: Kutipan Wakaf Mara Madani kini berjumlah RM51.6 juta hasil sumbangan daripada 1,845 penyumbang bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, angka itu mencerminkan keyakinan rakyat terhadap inisiatif berkenaan sebagai pemacu perubahan ekonomi bumiputera yang mampan. Katanya, sebagai dana mauquf, sumbangan wakaf tunai itu perlu dikembangkan secara strategik bagi memastikan manfaatnya berterusan dan berimpak tinggi. “Insya-Allah, agihan keuntungan daripada…