RANTAU PANJANG: Pintu sempadan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kurantin dan Keselamatan (ICQS), Rantau Panjang di sini, lengang selepas insiden letupan bom dan berbalas tembakan yang berlaku kelmarin. Tinjauan Utusan Malaysia semalam mendapati, keadaan di situ yang sebelum ini sibuk dengan urusan keluar masuk bertukar menjadi sunyi dan tidak kelihatan kenderaan Malaysia beratur panjang memasuki negara jiran itu. Dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, dua anggota sukarelawan pertahanan maut dikenali…