Ramadan: Pelupusan sisa makanan catat penurunan di Johor

Ramadan: Pelupusan sisa makanan catat penurunan di Johor

MOHD. JAFNI Md. Shukor (tengah) meletakkan papan tanda peringatan sempena  Sesi Libat Urus Kempen Hargai Makanan Elak Pembaziran di Bazar Ramadan, Jalan Merbau, Kulai, Johor, semalam.-UTUSAN/BAAZLAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Johor merekodkan jumlah pelupusan sisa makanan secara purata 3,223 tan setiap hari dalam tempoh minggu pertama Ramadan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor berkata, jumlah itu mencatatkan penurunan berbanding 4,559 tan dalam tempoh sama tahun lalu.

Katanya, situasi tersebut menunjukkan program anjuran Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) untuk mengurangkan pembaziran makanan dan jumlah sisa makanan yang dilupuskan ke tapak pelupusan berjaya menampakkan hasil.

“Pengurangan pelupusan sisa makanan ini menunjukkan Kempen Hargai Makanan Elak Pembaziran (VFNW) sempena bulan Ramadan berjaya mendidik masyarakat untuk elak pembaziran makanan.

“Kejayaan kempen ini turut disokong oleh program MySaveFood@Ramadan dengan SWCorp bersama-sama Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia mengedarkan juadah tidak terjual di bazar Ramadan ke masjid, sekolah dan komuniti setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sesi Libat Urus VFNW bertemakan Cabaran Sebulan Tanpa Pembaziran sempena Ramadan di Bazar Ramadan Jalan Merbau, Bandar Putera, di sini petang semalam.

Tahun lalu program MySaveFood@Ramadan  berjaya menyelamatkan sebanyak 1,339 kilogram lebihan makanan daripada 35 bazar Ramadan di negeri ini.

“Kempen ini telah menunjukkan impak positif dalam mendidik masyarakat untuk elak pembaziran makanan  terutamanya pada bulan Ramadan,” katanya.

Sementara itu, Khaled berkata, hingga kini, sebanyak 1,585.48 kilogram makanan telah berjaya dikumpulkan daripada 29 bazar Ramadan di negeri ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya