PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah bersempena dengan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor, Sultan Ibrahim, hari ini.
Anwar dalam hantaran di Facebook mendoakan agar Sultan Ibrahim berada dalam keadaan sihat dan sejahtera.
“Mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim, Yang di-Pertuan Agong.
“Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi pada 23 Mac 2025.
“Mendoakan ke hadrat Allah SWT semoga Tuanku dan seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan. Allah Peliharakan Sultan,” katanya.-UTUSAN