PM gesa NRES beradaptasi dengan teknologi terkini

PM gesa NRES beradaptasi dengan teknologi terkini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri menggesa supaya Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) mengadaptasi penggunaan teknologi terkini supaya ia dapat dimanfaatkan supaya Malaysia menjadi sebuah negara yang memberi fokus kepada pemeliharaan alam sekitar.

Datuk Seri Anwar berkata, perkara itu ditekankan beliau ketika hadir ke mesyuarat pengurusan tertinggi kementerian itu hari ini.

“Saya tekankan, penggunaan teknologi terkini perlu diadaptasi untuk dimanfaatkan kementerian seperti kajian pemetaan dan latihan penguatkuasaan.

“Selain meningkatkan aktiviti pemantauan berkaitan penyeludupan, perdagangan hidupan liar, dan melakukan kajian lebih terperinci mengenai kempen bebas plastik untuk kelestarian alam semulajadi.

“Dengan perancangan dan penambahbaikan yang sedang dilaksanakan kementerian, saya percaya ini akan terus meletakkan Malaysia sebagai  negara yang memberi fokus terhadap pemeliharaan alam sekitar, sejajar dengan agenda global pembangunan lestari,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Langkah itu menurut beliau pasti menyumbang kepada masa hadapan yang lebih hijau kepada negara  dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN