Pemilik bengkel kereta nafi sumbang mahram anak tiri

Pemilik bengkel kereta nafi sumbang mahram anak tiri

PEMILIK bengkel kereta yang berdepan pertuduhan melakukan sumbang mahram kepada anak tirinya ketika tiba di Mahkamah Ampang di sini hari ini. - UTUSAN/IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG: Seorang pemilik bengkel kereta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap anak tirinya, sejak lima tahun lalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh, 31, telah melakukan persetubuhan dengan anak tiri perempuannya yang pada ketika itu berusia sembilan tahun pada akhir April 2020, pukul 2 petang di sebuah pangsapuri di Bandar Country Homes, Rawang.

Lelaki terbabit mengulangi perbuatannya ketika mangsa berusia 14 tahun pada pertengahan Februari lalu, pukul 2 pagi di sebuah rumah di Bandar Country Homes, Rawang.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan dibaca bersama di bawah Seksyen 16(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017.

Seksyen 376B(1) memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan manakala Seksyen 16(1) memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau hukuman sebat minimum dua kali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Hairuliqram Hairuddin tidak menawarkan sebarang jaminan atas alasan tertuduh masih tinggal serumah selain bagi mengelakkan gangguan kepada mangsa.

“Saya membantah sebarang jaminan kerana bilik tertuduh adalah bersebelahan bilik mangsa,” katanya.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah meletakkan jaminan atas alasan menjaga ibunya yang tidak sihat, mempunyai kakak orang kurang upaya (OKU) serta tanggungan anak yang masih kecil.

Hakim Nurulizwan Ahmad Zubir kemudian memutuskan tiada jaminan dibenarkan terhadap tertuduh. Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 21 April ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN