Pelanggan diberi cuba dahulu makanan

‘Cuba rasa dahulu, esok baru beli’

PENIAGA mengambil pendekatan mengagihkan makanan dijual secara percuma pada 1 Ramadan bagi membolehkan pelanggan merasai dahulu hidangan berkenaan di Bazar Ramadan Gua Sami bersebelahan Kompleks Dewan Undangan (DUN), Kangar, Perlis semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Seorang peniaga di Bazar Ramadan Gua Sami bersebelahan Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis mengambil pendekatan unik dengan mengagihkan makanan secara percuma pada hari pertama Ramadan bagi memberi peluang kepada pelanggan mencuba menu dijual di gerainya. 

Peniaga, Siti Nurazlina Jamaludin, 40, berkata sebanyak 100 pek makanan seperti mi kari, asam laksa, laksam dan nasi ulam diagihkan secara percuma di  gerainya dan jika pelanggan berpuas hati, mereka boleh datang membeli di gerai itu yang beroperasi sepanjang bulan puasa ini pada harga RM7.

Katanya, tujuan agihan percuma itu dilakukan ialah bagi meraih keberkatan Ramadan selain mempromosikan menu dijual di gerainya.

 “Kami mahu memberi pilihan kepada pelanggan, memandangkan di bazar ini terdapat lebih 300 gerai yang mungkin menjual hidangan serupa dan pendekatan itu juga bagi memberi pilihan kepada pelanggan dalam membuat pembelian,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Agihan makanan berlangsung satu jam itu, menarik perhatian ramai pengunjung.

Selain hidangan utama, geradi bazar berkenaan menawarkan pelbagai jenis minuman unik dan pilihan perisa seperti teh Thailand, teh hijau, jagung dan keladi.

“Minuman ini disediakan dengan krim keju di atasnya yang kemudian ditabur dengan gula merah dan dibakar. Gabungan rasa lemak, masin, dan manis karamel memberikan pengalaman baharu kepada pelanggan,” katanya.

Siti Nurazlina menjelaskan penyertaanya bahagian dalam bazar Ramadan secara tidak langsung memberikan peluang kepada pekerja di kedainya di Batas Liku menjana pendapatan sepanjang Ramadan. 

“Dengan perniagaan di bazar ini, petugas dapat meneruskan kerja mereka walaupun kedai ditutup sepanjang Ramadan,” katanya.

Tinjauan di bazar berkenaan mendapati orang ramai berduyun-duyun membeli juadah berbuka puasa kerana harga masih berpatutan.

Terdapat sedikit kenaikan harga, namun harga ditawarkan masih boleh diterima ramai.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN