Pekerja ditahan berhubung penemuan beg berisi peluru

Pekerja ditahan berhubung penemuan beg berisi peluru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Polis berjaya menyelesaikan kes penemuan sejumlah peluru di kawasan tempat pembuangan sampah berhampiran sebuah pangsapuri di Bukit Jambul di sini dalam tempoh 24 jam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, ia susulan pengakuan seorang lelaki bahawa dia adalah individu yang bertanggungjawab meletakkan beg berisi peluru itu di tempat kejadian.

Swee Sake berkata, hasil siasatan mendapati, lelaki tempatan berusia 46 tahun itu telah menjumpai peluru berkenaan ketika sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan di sebuah rumah pada tahun lalu.

“Lelaki tersebut mengaku meletakkan beg berisi peluru di lokasi terbabit bagi tujuan pelupusan sebelum menghubungi pihak polis bagi melaporkan penemuan tersebut.

“Berdasarkan pengakuan lelaki itu, pasukan penyiasat kini sedang menjalankan tindakan susulan bagi mengesahkan keterangannya,” katanya yang memberitahu, suspek ditahan kira-kira pukul 1 tengah hari tadi ketika disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini.

Terdahulu, media melaporkan mengenai penemuan sebuah beg mengandungi sejumlah peluru hidup dan kosong jenis kaliber .22 di kawasan tempat pembuangan sampah di sebuah pangsapuri di Bukit Jambul petang semalam.

Susulan penemuan itu, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

Dalam pada itu, Swee Sake berkata, dengan pengakuan suspek tersebut, maka, kes ini telah berjaya diselesaikan dalam masa 24 jam, hasil daripada tindakan pantas pihak polis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN