‘Mereka yang bercakap tentang penyatuan itulah memecahbelahkan’

‘Mereka yang bercakap tentang penyatuan itulah memecahbelahkan’

MOHAMAD Hasan ketika ditemui pemberita selepas majlis berbuka puasa di Seremban, semalam.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: UMNO kesal soal penyatuan ummah dimainkan dan ‘diperdagangkan’ pihak tertentu hanya demi agenda dan kepentingan politik.

 

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sekiranya penyatuan ummah itu diberikan keutamaan, UMNO tidak akan berpecah belah dahulu.

 

“Banyak orang kata mahu bersama dengan kita (UMNO), dahulu dia nak hapuskan UMNO, dia nak bunuh UMNO, nak gantikan kita,  dulu dia nak talkinkan kita tapi tak talkin lagi..

 

“Sekarang ini sudah tukar pula demi masa depan ummah, sekarang baru nak cakap pasal ummah, ummah ini dijadikan sebagai  barang dagangan. Sikit sikit ummah, siapa yang meninggalkan perjuangan (penyatuan ummah)?

 

“Apa yang mereka ungkapkan itu tidak seperti apa yang mereka lakukan. Kalau kita sayangkan ummah, UMNO ini dulu tidak boleh pecah. 

 

“Mereka yang bercakap tentang penyatuan ummah itulah yang memecahbelah yang keluar daripada parti, yang mengkhianati parti, yang mencari haluan sendiri. Jadi saya cakap tadi janganlah kita sewenang wenang menggunakan perkataan ummah,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa di sini malam semalam.

 

Baru-baru ini, Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin dilaporkan berkata, parti itu bersedia men­jalinkan kerjasama dengan UMNO demi mencapai matlamat perjuangan politik.

 

Mohamad dalam pada itu menegaskan, UMNO tidak wajar untuk dipersalahkan dalam soal perjuangan penyatuan orang Melayu.

 

“Mengapa Umno sahaja dipersalahkan? Apa saja berlaku, salahkan UMNO, padahal UMNO tidak pernah keluar pergi mana-mana pun yang keluar daripada ini adalah mereka.

 

“Mereka yang keluar daripada perjuangan, mereka yang keluar daripada parti UMNO, asal perjuangan orang Melayu, jadi mengapa pula UMNO yang dipersalahkan, UMNO yang perlu diminta untuk orang kata untuk bekerjasama,” katanya.

 

“Beliau bagaimanapun tidak menolak sebarang kemungkinan dalam soal kerjasama di antara parti politik. Dalam politik ini semua boleh berlaku. 

 

“Kita tidak boleh menolak kemungkinan. Kemungkinan-kemungkinan yang boleh kita terokai untuk kebaikan bukan kita terokai untuk keburukam, untuk kebaikan negara kita boleh lihat apa sahaja yang boleh kita lakukan walaupun kita di atas platform yang berbeza,” tegasnya.

 

Sementara itu, Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, parti sedang melakukan perbincangan demi perbincangan bagi mencari formula terbaik untuk memenangi Pilihan Raya Negeri Ke-17 Sabah sekali gus menerajui kerajaan negeri itu.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN