Malaysia masih perlukan pekerja asing - Pakar

Malaysia masih perlukan pekerja asing – Pakar

KEMASUKAN warga asing ke negara ini mencecah seramai 39.1 juta orang sepanjang tahun lalu.-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia mash memerlukan tenaga kerja asing berikutan status negara yang belum mencapai tahap kema-juan sepenuhnya serta struktur pekerjaan yang berada dalam skala sederhana.

Pensyarah Kanan Ekonomi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Bashir Ahmad Shabir Ahmad berkata, kebergantungan terhadap pekerja asing bukan hanya berlaku di negara ini tetapi juga di keban-yakan negara lain atas beberapa faktor utama.

Katanya, kekurangan tenaga kerja mahir dalam sektor tertentu, kadar gaji yang kurang kompetitif dan pekerjaan bersifat fizikal menjadi antara penyumbang utama kebergantungan tersebut.

“Kerajaan kini giat melaksanakan pelbagai dasar bagi meningkatkan pendapatan pekerja, mengembangkan penggunaan teknologi dan memperkukuh pembangunan modal insan tempatan.

“Selain itu, dasar kerajaan turut mempengaruhi permintaan terhadap buruh asing dalam usaha mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja luar secara beransur-ansur,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan kebergantungan tinggi kepada pekerja as-ing dalam sektor ekonomi di Malaysia menjadi antara faktor yang menyebabkan isu struktur dalam ekonomi, di mana indus-tri sukar beralih kepada rantaian nilai lebih tinggi.

Mengulas lanjut, Bashir berkata, menjelang 2030, sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS), tenaga hijau, kecerdasan buatan (Al), perkhidmatan dan pembuatan dijangka berkembang menerusi pelaksanaan dasar baharu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya