Majlis khatam al-Quran kumpulan muslimat Masjid An-Nur

Majlis khatam al-Quran kumpulan muslimat Masjid An-Nur

KUMPULAN tadarus muslimat yang mengadakan majlis khatam al-Quran sempena hari Nuzul al-Quran di Masjid An-Nur, Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Dalam kesibukan tugas seharian di dapur, para muslimat sekitar Saujana Utama. Sungai Buloh di sini mengadakan majlis khatam al-Quran di Masjid An-Nur (MAN) semalam.

Majlis yang diadakan sempena Nuzul al-Quran itu disertai oleh 45 peserta. Semua peserta memulakan tadarus al-Quran pada 17 Februari dari pukul 8.30 pagi hingga 12 tengah hari.

Program dipimpin oleh Saripah Saad dan Aminah Othman ini disertai oleh bukan sahaja penduduk kejiranan Jalan Seri Pagi tetapi juga daripada taman-taman berdekatan sekitar Saujana Utama.

Membaca al-Quran pada bulan Ramadan tidak sama dengan membacanya pada bulan lain kerana hukum membaca al-Quran bukan wajib, tetapi sunat. Namun, apabila dibaca pada bukan Ramadan, ganjarannya ibarat melakukan amalan wajib pada bulan lain.

Justeru sesiapa yang melakukan biarpun sekecil kebajikan dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT pada bulan mulia ini, termasuk membaca al-Quran, dia seolah-olah sudah melaksanakan amalan fardu.

Ahli Jawatankuasa Muslimat  MAN, Noridah Abdullah berkata, aktiviti itu adalah antara yang dirancang pada Ramadan selain kuliah duha dan kuliah zuhur yang masing-masing diadakan sebulan sekali. 

“Turut diadakan adalah bengkel penyediaan makanan seperti sushi dan juga sandwic yang dijalankan dengan kerjasama sebuah hotel terkemuka di Subang Jaya,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

AMINAH Othman (duduk, tengah) mengetuai majlis khatam al-Quran kumpulan tadarus muslimat di Masjid an-Nur, Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor semalam. -GAMBAR/HAFIEZIN RAMLAN

MAN yang dibina pada 2003 masih dalam usaha mengumpul dana untuk Tabung Dana Wakaf Pembinaan masjid baru bernilai RM7.9 juta yang dilancarkan pada 27 Mac 2022.

Dana yang terkumpul setakat ini adalah kira-kira RM1.3 juta dan masih belum mencukupi untuk dilaksanakan pembinaan tersebut.

Orang ramai boleh membantu dengan menyumbang ke akaun Bank Islam nombor 140 140 10111 399 atas nama Masjid An-Nur. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN