Lima cedera ambulans terbabas, langgar pokok

Lima cedera ambulans terbabas, langgar pokok

KEADAAN ambulans yang terbabas dan melanggar sebatang pokok di Kilometer 49 Jalan Kuala Terengganu - Kuantan dekat Kampung Jambu Bongkok, Marang,  Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Empat kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dan seorang pesakit berdepan detik cemas apabila ambulans yang dinaiki terbabas dan melanggar sebatang pokok di Kilometer 49 Jalan Kuala Terengganu – Kuantan dekat Kampung Jambu Bongkok di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Marang, Superintenden Mohd. Sofian Redzuan berkata, kemalangan kira-kira pukul 12.30 malam itu berlaku ketika ambulans tersebut dalam perjalanan dari Hospital Kemaman ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Katanya, kenderaan tersebut dipandu seorang lelaki berumur 41 tahun bersama seorang doktor wanita berusia 28 tahun, dua jururawat dan seorang pesakit berumur 21 tahun

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila tayar belakang sebelah kiri kenderaan itu pecah menyebabkan terbabas dan melanggar sebatang pokok di kiri jalan. Pemandu ambulans dan semua penumpang mengalami kecederaan ringan,” katanya ketika dihubungi hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN